Anda Boleh Menonton Kandungan YouTube Premium Secara Percuma Bermula 24 September Depan

Ia termasuklah siri asli dan filem terbitan YouTube.


YouTube memaklumkan bahawa bermula 24 September tahun ini, pengguna YouTube bakal boleh menonton sebahagian besar kandungan YouTube Premium secara percuma.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan pengguna yang membayar bagi kandungan YouTube Premium, pengguna percuma akan dipaparkan iklan-iklan pada kandungan tersebut serta hanya episod tertentu sahaja akan boleh ditonton mereka pada bila-bila masa.

Kelebihan pengguna yang melanggan YouTube Premium adalah mereka boleh melayari laman YouTube tanpa paparan iklan, akses strim muzik secara atas talian tanpa sebarang gangguan, memuat turun video terus ke dalam peranti pintar pada kualiti definisi penuh dan akses siri original dan filem-filem terbitan YouTube.

Cuma buat masa ini, servis Youtube Premium belum ditawarkan lagi pada pengguna YouTube di Malaysia.

Sumber: PCMag