"Anda Boleh Mendaratkan Pesawat Diatasnya" - Samsung Usik Google Mengenai Rekaan Takuk Pixel 3XL

Baru sahaja sebentar tadi kami kirimkan satu artikel mengenai jawapan Google berkaitan kecaman terhadap rekaan takuk yang ada pada Pixel 3 XL. Rupa-rupanya, mereka bukan sahaja dikecam oleh pengguna, malah "sahabat" mereka, Samsung turut mengusik manja mereka di laman Twitter.

https://twitter.com/SamsungMobileUS/status/1049714004963315714

Membalas kiriman video mengenai Pixel 3 oleh pihak @madebygoogle, @SamsungMobileUS membalas dengan mengatakan bahawa sebuah pesawat boleh mendarat padanya. Walaupun maksud sebenar kicauan itu tidak jelas, ramai pihak berpendapat bahawa ia ditujukan pada rekaan takuk Pixel 3 XL.

https://twitter.com/SamsungMobileUS/status/1050064195142717441

Malah, menguatkan lagi dakwaan tersebut ialah satu lagi kicauan balas oleh Samsung dalam bebenang yang sama. Kicauan balas itu berbunyi "Masa untuk elakkan takuk".

Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan berani oleh pihak Samsung memandangkan mereka juga menggunakan sistem operasi Android yang dibangunkan oleh Google. Mungkinkah ada tindakbalas dari Google dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber : @SamsungMobileUS