Anda Boleh Mencuba Android Smart LED TV 4K 55 Inci Ini Selama 15 Hari Secara Percuma

Pada anda yang belum tahu, Coocaa merupakan jenama baru dalam pengeluar TV pintar, mula menapak ke tanah air pada awal bulan yang hanya memfokuskan pada penjualan di atas talian.

Lanjutan daripada pelancarannya, Coocaa mengadakan satu promosi yang dilihat sebagai inisiatif terbaik untuk menarik perhatian dan kepercayaan pembeli.

 



Bermula dari 29 Jun sehingga 11 Julai, anda boleh mencuba sendiri TV Smart Android LED 4K 55 inci (55Q5) dari Cooca selama 15 hari.

  1. Anda perlu membayar deposit 10% daripada harga jualan sebagai pra tempah sebelum 11 Julai

  2. Bayar selebihnya pada 12 Julai.

  3. TV akan dihantar ke hadapan pintu rumah

  4. Pembeli diberi 15 hari sebagai tempoh percubaan

  5. Jika pembeli tidak berpuas hati atau berubah hati, anda boleh memulangkan semula TV tersebut dan mengambil semula wang yang anda bayar sebelumnya dalam masa 8 hari dari tarikh pemulangan.


Untuk info lanjut boleh lihat disini.