Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
130871053_2575329969431656_1324583133828254420_o (1)

Anda Boleh Memiliki realme Smart TV Mulai 22 Disember Ini – Harga Potongan Bermula RM699

Diterbitkan Disember 17, 2020 oleh Meor Hasyim

Hari ini realme selesai melancarkan sebuah telefon pintar realme 7 5G.

Bersama-sama dengan telefon itu, realme turut mengumumkan bahawa pengguna di Malaysia boleh mula membeli realme Smart TV bermula 22 Disember ini.

Menariknya, mereka turut mengadakan promosi potongan harga sebanyak RM200 untuk kedua-dua model TV yang ditawarkan.

Anda Boleh Memiliki realme Smart TV Mulai 22 Disember Ini – Harga Potongan Bermula RM699

Sehubungan dengan itu, realme Smart TV 32″ boleh dimiliki serendah RM699 manakala model lebih besar realme Smart TV 43″ pula pada RM1,299.

Harga potongan ini adalah untuk hari jualan pertama sahaja di Shopee dan akan kembali ke harga RM899 dan RM1,499 pada hari berikutnya.

Mengenai spesifikasi, Smart TV pintar mereka ini dijana dengan cip pemproses empat teras MediaTek 64-bit dengan padanan CPU 1.1GHz ARM Cortex A53, GPU Mali-470 MP3 serta memori RAM 1GB. Ia juga mempunyai sokongan HDR10 dan format HLG.

Selain itu, realme Smart TV dilengkapi empat unit sistem pembesar suara dengan output 24W serta sokongan Dolby Audio yang mampu menghasilkan audio 148Hz hingga 20,000Hz.

Sebagai sebuah Smart Tv, ia didatangkan dengan sistem operasi Android TV dengan sokongan Google Assistant serta empat platform video terbina termasuk Netflix, Youtube, Prime Video dan Live TV.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY