Guna Touch 'n Go e-Wallet Untuk Menderma Ke Masjid Menjelang Ramadhan

Perkhidmatan e-dompet yang ditawarkan dalam negara bukan sahaja memudahkan kita melakukan pembayaran tanpa tunai , malah ia boleh dimanfaatkan untuk sumbangan kepada masjid.

Awal tahun ini, TNG Digital telah memperkenalkan kaedah sumbangan kepada masjid melalui imbasan kod QR pada aplikasi e-Wallet mereka. Pada permulaan, ia hanya disediakan di Masjid Ar-Rahah, Bangsar South.

Hari ini, syarikat itu bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil mengumumkan program '7 Tangkai: Jom Infak', memberikan peluang kepada orang ramai menderma dengan lebih mudah menggunakan e-Wallet Touch 'n Go.

"Kami ingi membentuk tingkah laku baru dan mengubah cara sumbangan derma dilakukan. Melalui inovasi dan teknologi inklusif, kami dapat memenuhi keperluan masyarakat hari ini," kata Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn. Bhd.

Sehingga kini, terdapat 10 buah masjid yang telah dilengkapi dengan kemudahan kod QR:

  1. Masjid Ar-Rahah, Bangsar South

  2. Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Menjalara

  3. Masjid Salahudin Al-Ayyubi, Taman Melati

  4. Masjid Jamek, Kampung Baru

  5. Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa

  6. Masjid Abd Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru

  7. Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju

  8. Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail

  9. Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail


TNG Digital menyasarkan 40 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur untuk diserapkan di bawah program '7 Tangkai: Jom Infak' menjelang akhir tahun ini.