Anda Boleh Beli OnePlus Nord Secara Rasmi Di Shopee Kelak

OnePlus Nord Malaysia kini mengumumkan platform e-dagang rasmi dengan kerjasama Shopee. Menerusinya, pengguna yang ingin mendapatkan produk OnePlus Nord dengan mudah boleh membuat pembelian di Shopee.

Bagi anda yang belum maklum mengenainya, OnePlus Nord adalah produk baharu di bawah jenama OnePlus dengan segmen harga yang lebih berpatutan. Bagaimanapun, platform tersebut belum menunjukkan sebarang produk yang boleh dibeli dan dijangka akan tersedia tidak lama lagi.



Dalam pada itu, OnePlus Nord turut menjalankan satu kempen untuk pengikut di Shopee, dimana pemenang akan dipilih secara rawak dan akan diumumkan setelah mencapai 500, 1,000, dan 3,000 pengikut pada 27 Julai, 10 Ogos dan 24 Ogos.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk T-shirt OnePlus Nord, tote bag, telefon pintar OnePlus dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk yang akan ditawarkan kelak, ikut OnePlus Nord Malaysia di Shopee, Instagram (@oneplus.nord.my) atau portal www.oneplus.com/global/nord-my.