Anda Berpeluang Menang HONOR MagicWatch 2 Secara Percuma Di Hihonor

Walaupun musim perayaan yang bakal kunjung tiba tidak seperti tahun-tahun yang sudah, promosi bagi meraikannya masih berjalan. Menjelang sambutan itu, HONOR Malaysia kini tampil mengadakan Fantastik Raya Bersama pada platform beli-belah dalam talian mereka, Hihonor.

Promosi tersebut telah berjalan sejak 1 Mei yang lalu dan bakal tamat pada 24 Mei 2020. Di dalam Fantastik Raya Bersama, HONOR memperkenalkan Slash It! Deals yang membolehkan pembeli memotong harga produk dengan bantuan keluarga serta rakan-rakan di media sosial.



Peranti-peranti ditawarkan dalam jumlah yang terhad dan anda boleh memilikinya secara percuma jika berjaya mendapatkan jumlah potongan yang ditetapkan.



Antara peranti yang ditawarkan adalah HONOR MagicWatch 2, HONOR Band 5 Sport, HONOR FlyPods Lite dan HONOR Powerbank. Promosi Slash It! Deals diadakan tiga kali antara 4 Mei-6 Mei, 11 Mei-13 Mei dan 18 Mei-20 Mei.

Untuk menyertai Slash It! Deals ikuti langkah mudah berikut:

  1. Daftar akaun Hihonor

  2. Potong harga peranti yang anda mahu untuk memulakan permainan

  3. Kongsikan di Facebook dan jemput rakan-rakan yang lain untuk bantu anda potong harga tersebut berdasarkan jumlah yang dimahukan. Tempohdiperlukan adalah 72 jam. Anda perlu pantas kerana unit ditawarkan adalah terhad.

  4.  Apabila anda berjaya mendapat jumlah potongan yang diminta, anda berjaya mendapatkan peranti tersebut.




Untuk lain-lain promosi sempena Ramadan dan Hari Raya ini, anda boleh kunjungi laman Hihonor.