Anda Bakal Disaman Jika Menggunakan Telefon Pintar Semasa Mengayuh Basikal Di Belanda

Penggunaan peranti seperti telefon pintar sering kali menjadi punca kemalangan di kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Berikutan dengan itu, salah satu negara di Eropah telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkaitan perkara ini.

Gambar hiasan (Kredit : NY Daily)


Negara yang dimaksudkan ialah Belanda. Kerajaan mereka baru-baru ini telah mengumumkan bahawa semua pengguna kenderaan termasuk basikal diharamkan sama sekali untuk menggunakan sebarang jenis peranti termasuk telefon pintar.

Kenyataan rasmi itu telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Belanda, Cora van Nieuwenhuizen. Langkah ini boleh diikuti oleh kerajaan Malaysia memandangkan jumlah kemalangan melibatkan penggunaan telefon pintar ketika memacu kenderaan di negara ini dilihat semakin meningkat dari hari ke hari.

 

Sumber