Anda Akan Boleh Menonton Acara Istimewa Apple 2019 Menerusi Laman YouTube

Pertama kali dilakukan Apple.


Apple Inc. yang dijadual akan menghoskan acara istimewa mereka pada 11 September ini akan turut menyiarkan acara tersebut secara langsung  menerusi laman YouTube rasmi mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=996wliAI_y4&fbclid=IwAR0VNLsFUEUs7jNo_hgsqrRGQzWWI0SpOXFhKSEKY9bC3OZakkUeq5cR_bc

Ini merupakan yang pertama kali dilakukan Apple di mana sebelum ini mereka hanya menawarkan tontonan siaran langsung bagi acara-acara mereka hanya menerusi peranti iPhone, iPad dan  iPod touch di aplikasi pelayar web Safari yang menggunakan sistem operasi iOS 10 dan ke atas menerusi laman rasmi Apple sahaja.

Atau pada komputer Macintosh yang menggunakan sistem operasi macOS Sierra 10.12 dan ke atas juga menerusi aplikasi pelayar web Safari serta penstriman video menerusi peranti Apple TV (generasi ke 2 atau terbaru) ynag menggunakan sistem tvOS terbaru.

Manakala bagi pengguna Windows pula mereka sebelum ini hanya boleh menonton acara langsung Apple di pelayar web Microsoft Edge yang menggunakan Windows 10.

Langkah terbaru yang dilakukan Apple ini dengan menyediakan siaran melalui YouTube bagi acara mereka sekaligus akan membolehkan siaran tersebut disebarkan dengan lebih meluas kepada para penonton di seluruh dunia.