Analisa Permainan Ward Invictus Gaming Bahagian Akhir

Pada bahagian akhir ini, kita akan melihat bagaimana IG memanfaatkan penggunaan ward pada fasa paling penting permainan.

IG terkenal dengan permainan BurNing yang akan mengumpul wang dan barang yang sesuai sebelum melancarkan serangan objektif.

Pada fasa ini, pelbagai faktor boleh diambil kira menyebabkan analisa menjadi terlalu rumit.

Seorang pemain yang baik tahu mereka sudah dilihat oleh ward dan keputusan untuk deward bergantung kepada kapten pasukan.

Fasa pertengahan hingga akhir perlawanan (Dire)



IG mengutamakan penglihatan di base mereka jika pihak lawan cuba mengambil objektif.

Penglihatan pit roshan juga dititiberatkan kerana aegis of immortal merupakan barang yang paling penting kepada mana-mana pasukan yang mengambilnya.

IG cuba bermain death roll yang sinonim dengan pasukan Newbee pada TI 4 dan mengambil objektif dengan tidak menitikberatkan penglihatan di base lawan.

Fasa pertengahan hingga akhir perlawanan (Radiant)



Sama juga untuk bahagian Radiant, IG cuba mengambil objektif lawan dan berundur selepas itu.

IG juga hanya menunggu untuk pasukan membuat kesilapan dan menghukum mereka selepas itu.

Dapat dilihat juga IG mementingkan penglihatan untuk lane tengah dan offlane mereka.

IG akan bergerak dalam satu pasukan dan menjaga BurNing dalam mereka cuba mengambil objektif permainan.

Kemenangan mereka merangkul DAC 2017 boleh dikatakan atas faktor BurNing yang kelihatan rejuvenated dan permainan Boboka yang menjadi pengatur permainan yang baik.

Sekian untuk analisa permainan ward bagi IG pada DAC yang lepas. Nantikan analisa ward untuk pasukan lain pula.

Sumber