Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Am tuah

AmTuah Umum Persaraan Selepas Juarai Gamergy La Liga

Diterbitkan Jun 25, 2019 · Dikemas kini Jun 25, 2019 oleh irfan suhaimee

Pemain profesional e-sukan FIFA negara Nur Amirul Afandi atau lebih dikenali sebagai (Am Tuah) 24, membuat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila beliau mengumumkan persaraannya sebagai pemain dari kejohanan itu. Beliau mengumumkan keputusan itu pada satu sidang media di Madrid, Sepanyol selepas pasukan Malaysia yang diwakili olehnya menjuarai kejohanan Gamergy La Liga e-Sport di Sepanyol dan beliau memuatnaik status terbaru di akaun Instagram miliknya bahawa beliau akan berhenti bermain secara sepenuh masa.

unnamed (2)

“Press conferences selepas berakhirnya Tournament sebentar tadi yang berakhir dengan kejuaraan atlet Malaysia. Dengan berat hati, saya akan berhenti bermain secara sepenuh masa. Akan lebih focus kepada pengurusan team dan juga coach . Tapi kalau main for fun tu adalah. Bukan stop terus. So jangan salah faham. Hahaha. Once again congrats to @luqmanhzq and @ahmadshahrin_ . Thanks to @gb_fazlirazak ada diseblah saya semasa pengumuman . Saya akhiri career saya dengan kemenangan ke atas La Liga esports team sebagai pemain dan juga coach. “

Namun begitu, di dalam status Instagram yang sama beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak akan terus meninggalkan dunia e-sukan ini, sebaliknya beliau ingin menumpukan dalam bidang pengurusan pasukan dan juga sebagai jurulatih pasukan. Beliau mengakhiri kariernya dengan menjuarai kejohanan FIFA La Liga bersama dua lagi rakan sepasukannya iaitu Luqman Haziq dan Ahmad Shahrin dengan menewaskan La Liga Esports Team.

AmTuah Umum Persaraan Selepas Juarai Gamergy La Liga

Am Tuah pernah menjadi juara e-sports Asia Tenggara dalam Virtuelle Bundesliga pada tahun lalu dan mempunyai beberapa pencapaian yang bertaraf antarabangsa antaranya, mewakili Schalke 04 untuk Virtuelle Bundesliga, menjadi SEA Virtuelle Bundesliga Champion, dan menjuarai 2 vs 2 SEA Tournament.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY