AmTuah Memohon Maaf Insiden Provokasi Pada Pihak Lawan

Nama AmTuah sememangnya tidak asing lagi buat para peminat e-sukan terutamanya pemain dan peminat permainan FIFA. AmTuah yang telah memenangi pelbagai kejuaraan dan pernah dilamar oleh Kelab Dari German Iaitu Schalke 04 sebagai pemain e-sukan bagi kelab tersebut.

Baru-baru ini, tular beberapa video di media sosial mengenai suatu insiden yang melibatkan beliau di satu pertandingan FIFA yang berlangsung di Jeselton Esports Arena, Sabah.



Dalam insiden berkenaan, AmTuah dilihat meraikan gol sambil menjerit kepuasan kepada lawannya yang mengundang kemarahan beberapa penonton yang berada di dalam dewan yang sama.

Para netizen juga dilihat marah dengan tindakan AmTuah itu dan menganggap ia sebagai tindakan yang kurang profesional. Namun begitu terdapat juga para netizen yang memahami situasi berkenaan dan menganggapnya sebagai perkara yang biasa dalam arena e-sukan.

[embed]https://twitter.com/KhairilAnuar/status/1188430667526238210?s=20[/embed]

Oleh itu, AmTuah telah membuat permohonan maaf mengenai insiden tersebut di laman Instagram beliau amtuah.my.



Menurut beliau, bagi yang arif dalam perkara ini pasti akan merasakan ia suatu perkara yang normal. Tetapi mungkin tidak bagi sesetengah orang dan kepada sesiapa yang merasakan perbuatannya itu agak keterlaluan dan tidak menghormati pihak lawan, beliau memohon maaf. Beliau juga turut menyatakan bahawa beliau telah meminta maaf kepada lawannya semasa beredar dari tempat perlawanan.

Sikap profesional yang ditunjukkan oleh AmTuah dengan meminta maaf harus dipuji dan ini merupakan satu pengajaran buat AmTuah dan juga para pemain e=sukan yang lain agar lebih bersikap profesional kepada pihak lawan dan mampu mengawal emosi walaupun berlakunya provokasi ketika permainan berlangsung.