Among US: Mengapa Permainan Ini Trending Secara Tiba-Tiba?

Tahukah anda, Among Us sekarang ini merupakan permainan video yang trending di seluruh media sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=kDRJl-H9gzc

Walau bagaimanapun, ia bukanlah judul permainan yang baharu kerana ia telah diumumkan pada tahun 2018 oleh studio dari Amerika iaitu InnerSloth.

Namun, sejak kebelakangan ini, populariti Among Us meningkat secara tiba dan dimainkan oleh ramai streamer popular seperti Ninja dan Pokimane.

Permainan ini secara keseluruhan memaparkan grafik yang ringkas, namun konsep permainan adalah seakan-akan permainan Werewolf and Citizen.

Among Us menempatkan sebanyak 10 orang dalam sebuah kapal angkasa. 10 orang tersebut telah dibahagikan kepada 2 peranan iaitu Crewmate dan Impostor.

Among Us on Steam

Objektif utama permainan ini terletak pada tangan Crewmate, yang perlu mencari siapa Impostor, iaitu 1 watak pemain yang membunuh Crewmate seorang demi seorang.

Manakala objektif Impostor pula adalah untuk membunuh setiap Crewmate.

Seiringan dalam misi mencari Impostor, Crewmate perlu menyiapkan tugasan untuk menyelenggara kapal angkasa yang rosak.

Jika ada watak yang dibunuh dijumpai dalam kapal, Group Meeting diadakan. Ini adalah di mana kesemua pemain membincangkan siapa sebenarnya Impostor melalui fungsi chat.

Image Credits: Polygon

Seperti biasa Impostor akan berlakon agar tidak diketahui 'kejahatannya'.

Undian akan dibuat di mana setiap pemain akan mengundi siapakah Impostor.

Dengan permainan yang ringkas dan bersifat thriller, ia mewujudkan pengalaman yang sangat menarik.

Selain itu, ini juga merupakan faktor mengapa permainan ini begitu seronok untuk dimainkan:

  • Tidak memerlukan skil mekanikal. Anda tidak perlukan masa yang lama untuk menjadi mahir. Boleh main bila-bila masa tanpa rasa kecewa walaupun jika anda kalah.

  • Permainan sosial yang memerlukan anda bergaduh bersama 9 orang lain untuk mengaku mereka adalah Impostor ataupun Crewmate. Lagi ramai orang yang turut serta, lagi meriah chat ketika undian anda.

  • Murah dan percuma untuk platform mudah-alih. Lebih menarik dari Fall Guys kerana Fall Guys walaupun popular, ia dipenuhi dengan penggodam. Ramai yang mahukan permainan ringkas kasual yang seronok pasti akan mencari permainan lain.


Permainan Among Us boleh didapati di Windows, Android, dan iOS. Boleh cuba muat turun untuk rasai sendiri pengalaman bermain permainan ini.

Buat masa ini, Among Us kekal permainan yang paling panas sekarang ini dibincangkan di internet:

https://twitter.com/DisguisedToast/status/1303822795831349248

https://twitter.com/Ohcrit/status/1304639877565251584

https://twitter.com/DaithiDeNogla/status/1305173678045433856?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1305173678045433856%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportskeeda.com%2Fesports%2Famong-us-taking-internet

https://twitter.com/Fabledraws/status/1305161420397572098?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1305161420397572098%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportskeeda.com%2Fesports%2Famong-us-taking-internet

https://twitter.com/Loserfruit/status/1302995857390804992?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1302995857390804992%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportskeeda.com%2Fesports%2Famong-us-taking-internet

*Artikel tamat