Among US Catat 400,000 Pemain Di Steam Mengalahkan PUBG

Among US merupakan salah satu permainan video yang mendapat perhatian para pemain di seluruh dunia sejak kebelakangan ini.

Malah, banyak streamer menjadikan permainan ini sebagai kandungan stream mereka dan di internet juga dibanjiri meme berkaitan permainan yang berunsurkan pengkhianatan ini.

Kini, permainan yang telah dilancarkan pada tahun 2018 itu telah mencatat 400,000 jumlah pemain serentak di platform Steam pada minggu lepas. Jumlah ini juga mengatasi permainan popular yang lama dipegang PUBG.



Tambahan lagi, permainan ini banyak dimainkan juga adalah disebabkan pandemik global COVID-19 yang memaksa para gamers untuk kekal duduk di rumah.

Selain itu, Among US kini di belakang pendahulu CS:GO dan Dota 2 dimana permainan tersebut mempunyai komuniti yang besar selama bertahun-tahun.

Jumlah ini juga tidak termasuk pemain dari peranti pintar seperti iOS dan Android dimana permainan itu ditawarkan secara percuma serta boleh dimainkan bersama pemain di PC.

Kegigihan pembangun indie, InnerSloth akhirnya membuahkan hasil. Among US kini disamakan dengan Fall Guys iaitu satu lagi permainan yang popular baru-baru ini.

Populariti permainan seperti ini menunjukkan bahawa para gamers lebih gemar untuk bermain permainan yang menyeronokkan terutama apabila bermain bersama rakan-rakan sambil bergelak tawa.

Sumber: ScreenRant