Among Us 2 Dibatalkan, InnerSloth Fokus Kepada Kandungan Untuk Among Us Pertama

Tidak dinafikan populariti Among Us mencanak naik sejak kebelakangan ini ditambah lagi dengan meme-meme mereka yang mengalir laju dalam media sosial.



Permainan ini sebenarnya dirancang untuk sekuelnya iaitu Among Us 2. Namun disebabkan permainan ini popular secara mengejut, pembangun mereka iaitu InnerSloth telah membuat keputusan untuk membatalkan sekuel permainan tersebut.

Ini adalah kerana menurut kenyataan blog dari InnerSloth, adalah lebih baik jika mereka memfokuskan kepada Among Us pertama. Ini bermaksud, segala kandungan yang sepatutnya dibangunkan untuk Among Us 2 akan dimuatkan kepada Among Us pertama.

Walaupun ia bukanlah satu keputusan yang mudah disebabkan mereka terpaksa menukar kod teras dan mengubah suai beberapa bahagian penting dalam permainan tersebut.

Antara kandungan terbaharu yang akan dibangunkan untuk termasuklah:

  • Pelayan baru

  • Sokongan untuk pengguna buta warna

  • Sistem akaun/kawan

  • Tahap baharu

  • Dan banyak lagi yang dirancang


InnerSloth walau bagaimanapun tidak menyertakan sebarang tarikh jangkaan bilakah pemain akan menerima kemaskini untuk kandungan baharu ini.

Apa yang dinyatakan adalah ia akan mengambil masa kerana memilih untuk fokus kepada Among Us pertama adalah langkah yang lebih sukar berbanding membangunkan Among Us 2.

Among Us

Permainan Among Us boleh dimainkan di PC, Android, dan iOS. Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Among Us menyaksikan kenaikan pemain yang sangat tinggi khusus untuk tahun 2020.

Sumber: InnerSloth

 

Berkaitan