AMD Umumkan Battle Arena Dan Mod Baru Buat Peminat Fortnite

Fortnite merupakan permainan battle royale terkenal di pc, konsol mahupun telefon pintar. Hari ini, syarikat AMD mengumumkan AMD Battle Arena iaitu peta kreatif terbaru buat permainan tersebut.

Untuk merealisasikan projek ini, AMD bekerjasama dengan MAKAMAKES iaitu seorang youtuber dan modder Fortnite.



Peta ini berbentuk sebuah stadium yang menawarkan mod permainan terbaru seperti Boxfight, Capture the Flag dan Free-For-All.

Pemain boleh bermain di AMD Battle Arena melalui kod 8651-9841-1639 untuk mengakses setiap mod yang ditawarkan.