Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (115)

AMD Turut Mengacah Prestasi GPU Radeon RX 6000 Pada Resolusi 4K Tetapan Ultra

Diterbitkan Oktober 9, 2020 oleh Meor Hasyim

Selain memperkenalkan barisan CPU Ryzen 5000 baharu, AMD turut mengacah kad grafik Radeon RX 6000. Kad grafik ini yang juga diberi kod nama Big Navi akan dilancarkan pada penghujung bulan ini.

AMD Turut Mengacah Prestasi GPU Radeon RX 6000 Pada Resolusi 4K Tetapan Ultra

Namun, CEO AMD, Lisa Su telah memperlihatkan prestasi kad grafik ini pada permainan yang dimainkan dalam resolusi 4K.

Terdapat 3 permainan yang ditunjukkan dengan jaminan bahawa ia mampu bermain pada pengalaman 60 FPS ke atas pada tetapan Ultra resolusi 4K tersebut.

AMD Turut Mengacah Prestasi GPU Radeon RX 6000 Pada Resolusi 4K Tetapan Ultra

Lisa Su juga turut memperlihatkan secara fizikal kad grafik berkenaan. Namun, tiada spesifikasi atau penjelasan lebih lanjut model apakah yang dipegangnya.

Screenshot (114)

AMD sebelum ini telah mengesahkan RX Radeon 6000 ini akan dilancarkan pada 28 Oktober. Kad grafik ini adalah berasaskan dari senibina RDNA 2 dan telah digunakan pada konsol Sony PlayStation 5 dan juga Xbox Series X dan S.

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY