AMD Threadripper 2 2970WX Sudah Boleh Mula Didapati Di Negara Ini Dengan Harga Jualan Bermula Dari RM 2749

Cip pemprosesan AMD untuk pasaran HEDT (High End) Ryzen Threadripper 2 2970WX dan 2920X sekarang sudah boleh didapati di pasaran Malaysia. 2 cip ini adalah dari jenis senibina Zen+ yang dinaik taraf dari generasi Threadripper sebelum ini.



2970WX mempunyai kiraan teras sehingga 24 dan 48 bebenang. Ia mempunyai base clockspeed 3GHz dan boleh dinaikkan sehingga 4.2GHz. Ruang memori L3 cache nya terdiri daripada 64MB dan nilai TDP sebanyak 250W.



Untuk 2920X pula, ia mempunyai kiraan teras 12 dan 24 bebenang. Base clockspeed nya pula bermula dari 3.5GHz dan boleh naik sehingga 4.3GHz. Nilai memori cache L3 pula adalah setengah dari cip 2970WX iaitu 32MB. Nilai TDP pula adalah 180W.

Ryzen Threadripper 2 2970WX dijual dengan harga RM 5499 dan 2920X dijual dengan harga RM 2749. Cip ini sudah boleh dibeli dari penjual AMD yang sah.