AMD memberikan sumbangan dalam sistem pengkomputeran canggih atau akses ke data berasaskan awan Penguin-On-Demand (POD) yang dikuasakan oleh pemproses AMD EPYCTM Gen 2 dan AMD Radeon Instinct.
Program penyelidikan yang menerima sumbangan AMD ini adalah University of Texas, University of Toronto, Stanford, UCLA dan 14 institusi lain di Amerika Syarikat, Eropah dan juga India.
Sebelum ini, AMD telah memberikan sumbangan kepada NYU, MIT dan Rice University dan 12 petaflops dari jumlah kuasa superkomputer dari Dana HPC AMD COVID-19 akan berada di antara superkomputer terpantas di dunia berdasarkan senarai Top500 terbaru.
Penyelidikan yang berkaitan dengan pandemik akan diberi tumpuan terutamanya kepada genomik, pengembangan vaksin, sains penghantaran dan pemodelan.
Projek-projek tersebut akan terdiri dari pemodelan evolusi virus dan memahami pengaktifan protein lonjakan virus yang terjadi sebelum interaksi pertama antara coronavirus dan sel manusia hingga simulasi dinamik cecair skala besar dari titisan COVID-19 ketika virus tersebut melalui udara.
Berkaitan
- AMD Dikatakan Sedang Bangunkan Ryzen 9 5900, Ryzen 7 5800, 5700G Dan 5600G
- Google Dilapor Akan Guna GPU AMD Pada Cip Mereka
- AMD Mengumumkan Cip Pemproses Baharu Untuk Chromebook
- Prestasi 'Gaming' Exynos AMD Tak Padu Macam Snapdragon Tapi Tak Panas
- ROG Strix Advantage Edition Dilancar, "Laptop" Gaming Berkuasa AMD
- AMD Akan Lancar Kad Grafik Radeon Siri RX 6000 Tengah Malam Ini
- AMD Streamer Challenge - Peluang Bermain Fall Guys Dan Valorant Dengan Streamer
- Kemas Kini AMD Radeon Baharu Dilepaskan, Tambah Sokongan DXR
- iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD
- Samsung Dijangka Umum Tiga Cip Exynos Tahun Ini, Mungkin Cip Dengan GPU AMD