Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Streamer Challenge – Peluang Bermain Fall Guys Dan Valorant Dengan Streamer

AMD Streamer Challenge – Peluang Bermain Fall Guys Dan Valorant Dengan Streamer

Diterbitkan September 4, 2020 oleh Amsyar Latif

AMD dan penganjur esukan Eliphant akan mengadakan AMD Streamer Challenge iaitu satu acara permainan di Asia Tenggara yang akan membolehkan penonton mengambil bahagian.

Terdapat dua pertandingan dalam acara ini iaitu AMD Streamer Challenge: Triple Threat dan AMD Streamer Challenge: Domination. Ia akan melibatkan streamer dari Korea Selatan, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand.

Mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam pelbagai format dan judul permainan dalam beberapa episod untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai lebih dari USD 20,000.

Menariknya, peminat berpeluang untuk turut serta dengan streamer daripada negara mereka dalam pertandingan ini. Permainan yang akan dimainkan adalah permainan yang terkenal buat masa kini iaitu Fall Guys dan Valorant.

AMD Streamer Challenge – Peluang Bermain Fall Guys Dan Valorant Dengan Streamer

Peluang lain bagi penonton untuk turut serta dalam acara ini adalah dengan mendaftar untuk bermain dengan atau menentang Fnatic yang ditaja oleh AMD dalam permainan Dota 2.

AMD Streamer Challenge – Peluang Bermain Fall Guys Dan Valorant Dengan Streamer

Acer, HP dan AMD akan menyediakan kelengkapan bermain untuk streamer, selain menaja hadiah untuk penonton. Sementara itu, EPOS dan Secretlab masing-masing akan menjadi penaja headset dan kerusi gaming.

AMD Streamer Challenge – Peluang Bermain Fall Guys Dan Valorant Dengan Streamer

Kesebelas episod akan disiarkan dalam talian dari September hingga Disember 2020. Ia akan disiarkan melalui saluran rasmi Twitch AMD dan laman web AMD Streamer Challenge dan terdapat dalam Bahasa Inggeris, Thailand dan Bahasa Indonesia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY