AMD Ryzen Tidak Sediakan Sokongan Untuk Windows 7 Dan 8

Berita kurang menggembirakan buat pengguna sistem operasi Windows 7 dan 8 yang mahu menggunakan pemproses AMD Ryzen, kerana CPU tersebut hanya menyediakan sokongan untuk Windows 10 sahaja.

Ryzen telah diuji pada Windows 7 dan mampu beroperasi, tetapi beberapa ciri dalam komputer gagal berfungsi dengan baik. AMD menyatakan, untuk pengguna merasai kelebihan dalam teknologi CPU terbaru ini, sokongan rasmi terhadap Windows 7 dan 8 terpaksa dihentikan dan mereka memfokuskan hanya kepada Windows 10 sahaja. Walaupun Ryzen boleh beroperasi pada Windows versi terdahulu, pengguna harus faham bahawa mereka tidak boleh mengharapkan prestasi terbaik dari CPU tersebut.

Ketua pegawai eksekutif AMD, Lisa Su, telah mengesahkan pemproses Ryzen akan mula dipasarkan pada awal bulan Mac ini, dijangkakan sebelum 3 Mac 2017.

Sumber: iTechPost