AMD Ryzen C7 Mungkin Cip Pertama AMD Untuk Telefon Pintar

Penawaran AMD dalam pasaran cip pemproses komputer sudah tidak perlu dinafikan lagi. Ramai yang sudah beralih arah dari cip Intel kepada siri Ryzen yang cukup berkuasa disamping harga lebih berpatutan.

Terbaharu, pengeluar itu dikhabarkan mungkin menerjah pasaran cip pemproses telefon pintar pula. Desas-desus ini adalah lanjutan daripada imej spesifikasi AMD Ryzen C7 SoC yang dimuat oleh @HansDeVriesNL di Twitter.



Ia tampil sebagai cip 8 teras yang terdiri daripada dua teras Cortex X1 (3GHz) dua teras Cortex A78 (2.6GHz) dan empat teras jimat tenaga Cortex A55 (2GHz).

Kelihatan juga pada bahagian grafik adalah senibina RDNA yang sebelum ini disebut-sebut ketika AMD bekerjasama dengan Samsung. Ia dinyatakan 45% lebih pantas berbanding Adreno 650. Bahagian memori pula menyokong UFS 3.1 sementara paparan pula menyokong resolusi 2K.

Cip misteri ini juga dibangunkan melalui proses TSMC 5nm yang juga dimuatkan dengan modem MediaTek 5G UltraSave untuk rangkaian 5G. Tiada pengumuman rasmi dibuat oleh AMD ketika ini.

Sekiranya benar ia dibangunkan untuk telefon pintar, ia merupakan saingan hebat buat pengeluar lain seperti Qualcomm, MediaTek, Samsung dan Hisilicon.

Beli produk AMD Ryzen di Lazada (https://invol.co/clolpq) atau Shopee (https://invol.co/clolpu).