AMD Perkenalkan Siri Kad Grafik Terbaru Radeon RX 5500

Ditawarkan untuk versi komputer meja dan komputer riba.


Advanced Micro Devices, Inc (AMD) hari ini mengumumkan kehadiran siri terbaru kad grafik Radeon RX 5500. AMD menyatakan, Radeon RX 5500 memberikan peningkatan prestasi kuasa grafik komputer sehingga 37% apabila pengguna memainkan permainan komputer pada paparan 1080p.

Sekaligus memberikan kepuasan pengalaman bermain  kepada para peminat tegar permainan komputer.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Radeon RX 5500 hanya ditawarkan pada pengeluar beberapa  jenama komputer sahaja seperti Acer, HP, Lenovo dan MSI sahaja.

bermakna, anda terpaksa membeli model komputer terbaru dari pengeluar-pengeluar tersebut bagi dapat merasai kuasa prestasi grafik Radeon RX 5500 yang ditawarkan pada komputer meja dan komputer riba.

Kapsyen: MSI dijangka akan melancarkan model terbaru koputer riba 15 inci MSI Alpha dengan grafik yang dikuasakan oleh Radeon RX 5500M dalam bulan Oktober ini tidak lama lagi.




Bagi para peminat komputer meja pula, AMD Radeon RX 5500 hanya akan ditawarkan dalamb bulan November nanti menerusi siri komputer meja keluaran HP’S OMEN Obelisk dan Pavilion Gaming serta Lenovo Legion T530 dan IdeaCentre T540 Gaming PC.

Sementara komputer meja Acer pula, GPU Radeon RX 5500 hanya akan hadir dalam awal Disember 2019 nanti menerusi Acer Nitro 50.

Manakala bagi kad grafik dari pihak ketiga yang menggunakan cip grafik Radeo RX 5500 hanya akan hadir pada suku ke-4 tahun ini.

Untuk info lanjut, sila layari laman rasmi AMD Radeon™ RX 5500 Graphics.