AMD Perkenal Radeon VII - GPU 7nm Pertama Didunia

Disebut bakal bersaing dengan Nvidia RTX 2080, AMD pada acara CES telah memperkenalkan Radeon VII (disebut Radeon Seven).

Ia dibangunkan cip 7nm dan merupakan GPU pertama didunia dengan rekaan sedemikian. Menurut AMD, generasi kedua kad grafik Vega ini menawarkan peningkatan 25% dari segi prestasi pada janaan kuasa yang sama seperti keluaran sebelumnya.



Diacara pengenalan, AMD memperlihatkan permainan Devil May Cry 5 dijalankan dengan resolusi 4K, tetapan ultra serta kadar bingkai melebihi 60fps.

Pembeli kad grafik ini akan menerima permainan Resident Evil 2, Devil May Cry 5 dan The Division 2. Mula memasuki pasaran kad grafik pada 7 Februari dengan nilai $699 iaitu sekitar ~RM 2863 mengikut tukaran matawang asing semasa.

https://www.youtube.com/watch?v=uilkteCmqTI

Sumber: The Verge