AMD Perkenal Cipset Papan Induk A520 Untuk Pembina PC Mampu Milik

Bersama-sama dengan siri CPU Ryzen 3000 XT, AMD turut mengumumkan cipset A520 terbaharu untuk papan induk. Ia merupakan penawaran untuk kategori bajet atau PC permulaan dan menggantikan cipset A320 yang popular sebelum ini.

AMD tidak berkongsi banyak tentang spesifikasi cipset ini selain mengumumkan kewujudannya sahaja. Namun apa yang pasti, ia mengggunakan soket AM4 dan menyokong CPU Ryzen dalam siri 3000.

Sebagai cipset untuk kelas permulaan, ia tidak akan menyokong PCIe Gen 4 yang terbaharu ataupun kemampuan untuk overclock. Ia juga tidak akan menyokong sokongan dwi-kad grafik di mana ia tidak mengejutkan memandangkan A320 sebelum ini juga tidak menyokong ciri-ciri yang disebutkan.

Papan induk dengan cipset A320 akan mula dijual bermula Ogos 2020 ini. Harga jualan adalah bergantung kepada pengeluar dari ASRock, ASUS, Biostar, Colorful, GIGABYTE, dan MSI. Maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang bakal disokong oleh cipset ini semestinya akan hadir tidak lama lagi menjelang tarikh jualan papan induknya.

Beli produk AMD di -
Lazada: https://invol.co/clp6ui
Shopee: https://invol.co/clp6ul