Turut dinyatakan, AMD ada mewujudkan hubungan kerjasama antara kedua-dua syarikat untuk mengelak undang-undang Amerika Syarikat. Perkara ini dikatakan telah menimbulkan kebimbangan Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pertahanan dimana jalinan itu mungkin akan mengancam Amerika Syarikat.
Tidak menunggu lama, AMD tampil memberi penjelasan dengan menyatakan bahawa mereka telah memberitahu Jabatan Perdagangan, Jabatan Pertahanan serta beberapa agensi lain tentang urusan yang terjalin dengan Sugon. Ia tidak mendapat sebarang bantahan berkaitan usahasama atau perkongsian teknologi.
Selain itu, AMD turut berpendapat laporan yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal juga tidak menjelaskan butiran seperti "perlindungan penting" yang mana ia akan menghalang China daripada mendapatkan teknologi berharga.
Namun begitu, laporan itu dikatakan sudah terlewat dimana Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat sudah sedia mengeluarkan arahan sekatan perdagangan keatas pembuat superkomputer China, termasuk Sugon. Ini bermakna AMD sudah memutuskan hubungan dengan syarikat tersebut dan masih tiada jaminan sama ada, sekatan itu akan ditarik balik seperti Huawei ataupun tidak.
Sumber: Wall Street Journal, AMD Via Endgadget
Berkaitan
- Cip Samsung Dengan Grafik AMD Akan Diperkenalkan Januari Ini
- Telefon Pintar Samsung Dengan Grafik AMD Radeon Dijangka Hadir 2021
- Gandingan Intel Dan AMD Hasilkan CPU Generasi Ke-8 Berserta GPU AMD RX Vega M
- AMD Dilapor Menyaman MediaTek Kerana Pelanggaran Hak Paten Teknologi Grafik
- Pirate Bay Guna CPU Anda Untuk Melombong Mata Wang Kripto
- Senarai CPU Apple Serta ARM Yang Terdedah Kepada Kerentanan Meltdown Dan Spectre
- Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kelemahan Sekuriti Cip Pemprosesan Intel, AMD Dan ARM
- AMD Perkenal Radeon VII - GPU 7nm Pertama Didunia
- AMD Ryzen C7 Mungkin Cip Pertama AMD Untuk Telefon Pintar
- HONOR MagicBook 15 AMD Sudah Boleh Di Pra-Tempah Pada Harga RM2499