AMD Mengumumkan Generasi Ke-3 Ryzen 3100 Dan 3300X Serta Set Cip AMD B550

Cip pemprosesan generasi terbaru AMD untuk komputer meja moden.


AMD hari ini mengumumkan 2 cip pemprosesan Ryzen terbaru iaitu AMD Ryzen™ 3 3100 dan AMD Ryzen™ 3 3300X khusus untuk komputer meja.

AMD Ryzen generasi ketiga ini merupakan cip pemprosesan berprestasi tinggi bagi komputer meja yang sesuai untuk pemain tegar permainan komputer, pengguna kreatif mahu pun bidang perniagaan bagi menjalankan pelbagai tugas.

AMD Ryzen™ 3 3100 dan AMD Ryzen™ 3 3300X dibangunkan dengan arkitektur 7nm “Zen 2”, 4 Core, 8 Thread, 18MB Cache dan TDP (thermal design power) 65W.

"The AMD Ryzen 3 3100 offers Up to 20% gaming performance and Up to 75% creator performance than the competition" AMD

Berikut adalah spesifikasi dan harga jualan bagi Ryzen 3 3100 dan Ryzen 3 3300X:-

Kapsyen: AMD Ryzen™ 3 3300X


Kapsyen: AMD Ryzen™ 3 3100


Selain itu, AMD juga turut mengumumkan set cip terbaru bagi soket AM4 atas papan litar utama komputer iaitu AMD B550.

Ia merupakan set cip tambahan bagi siri set cip AMD 500 yang menyokong siri cip pemprosesan AMD Ryzen 3000.

AMD B550 menyokong PCIe® 4.0 dan dapat meningkatkan prestasi komputer untuk permainan dan melakukan pelbagai tugas.

AMD Ryzen 3 3100 dan AMD Ryzen 3 3300X dijangka memasuki pasaran di seluruh dunia dari 21 Mei 2020.

Manakala set cip AMD B550 untuk papan litar utama pula dijangka akan mula dipasarkan bermula dari 16 Jun 2020 nanti.

Pengeluar-pengeluar papan litar utama dari pelbagai jenama termasuklah ASRock, ASUS, Biostar, Colorful, GIGABYTE, dan MSI akan mula melengkapi produk mereka dengan set cip AMD B550 terbaru ini.