AMD Mengumumkan Cip Pemproses Baharu Untuk Chromebook

AMD hari ini mengumumkan dua cip pemproses terbaharu mereka iaitu Athlon 3000 siri-C dan Ryzen 3000 siri-C. Dua pemproses ini akan menjanakan kesemua chromebook pada masa akan datang.



Ryzen 3000 siri-C adalah termasuk Ryzen 7 3700C dan Ryzen 5 3500C (4 cores, 8 threads, 12nm node Zen+ architecture) serta Ryzen 3 3250C (2 Cores, 4 threads, 14nm Zen architecture).

Manakala bagi pemproses Athlon Silver 3050C (2 cores, 2 threads) yang dibina menggunakan teknologi 14nm Zen architecture. Kesemua cip ini dimuatkan dengan kad grafik bersepadu Vega dimana AMD mengatakan ia merupakan grafik terbaik yang hadir pada chromebook.



Selain itu, pemproses AMD Ryzen 7 3700C menawarkan prestasi premium untuk chromebook dimana:

  • Prestasi grafik lebih baik sehingga 251% berbanding pemproses chromebook terdahulu

  • Prestasi produktiviti lebih baik sehingga 104% berbanding pemproses chromebook terdahulu

  • Prestasi menyunting gambar lebih baik sehingga 152% berbanding pemproses chromebook terdahulu




Menurut AMD, cip pemproses ini bukanlah baharu kerana teknologi tersebut digunakan pada siri Ryzen 4000 dan terdapat cip yang hanyalah klon.

Jika dilihat pada spesifikasi 3700C, ia sebenarnya seakan-akan spesifikasi Ryzen 3700U (termasuk 10 Radeon cores yang dicatat hingga 1400Mhz).

Cip tersebut terdapat pada sistem seperti Acer Aspire 5 dan Dell Inspiron 15. Manakala 3500C juga seperti dijenamakan semula dari 3500U.

AMD mengakui mengenai perkara ini ketika pelancarannya. Syarikat itu menyatakan bahawa masih penting untuk menjenamakan semula cip tersebut sebagai CPU khusus untuk chromebook.