Ryzen 3000 siri-C adalah termasuk Ryzen 7 3700C dan Ryzen 5 3500C (4 cores, 8 threads, 12nm node Zen+ architecture) serta Ryzen 3 3250C (2 Cores, 4 threads, 14nm Zen architecture).
Manakala bagi pemproses Athlon Silver 3050C (2 cores, 2 threads) yang dibina menggunakan teknologi 14nm Zen architecture. Kesemua cip ini dimuatkan dengan kad grafik bersepadu Vega dimana AMD mengatakan ia merupakan grafik terbaik yang hadir pada chromebook.
Selain itu, pemproses AMD Ryzen 7 3700C menawarkan prestasi premium untuk chromebook dimana:
- Prestasi grafik lebih baik sehingga 251% berbanding pemproses chromebook terdahulu
- Prestasi produktiviti lebih baik sehingga 104% berbanding pemproses chromebook terdahulu
- Prestasi menyunting gambar lebih baik sehingga 152% berbanding pemproses chromebook terdahulu
Menurut AMD, cip pemproses ini bukanlah baharu kerana teknologi tersebut digunakan pada siri Ryzen 4000 dan terdapat cip yang hanyalah klon.
Jika dilihat pada spesifikasi 3700C, ia sebenarnya seakan-akan spesifikasi Ryzen 3700U (termasuk 10 Radeon cores yang dicatat hingga 1400Mhz).
Cip tersebut terdapat pada sistem seperti Acer Aspire 5 dan Dell Inspiron 15. Manakala 3500C juga seperti dijenamakan semula dari 3500U.
AMD mengakui mengenai perkara ini ketika pelancarannya. Syarikat itu menyatakan bahawa masih penting untuk menjenamakan semula cip tersebut sebagai CPU khusus untuk chromebook.
Berkaitan
- HONOR MagicBook 14 AMD Ryzen 5000 Mula Dijual 1 Oktober Ini
- Gigabyte Lancarkan Kemaskini BIOS Terbaharu Untuk Papan Induk AMD Siri 500
- Samsung Galaxy Chromebook 2 Akan Hadir Dengan Paparan QLED
- AMD Siri Ryzen 5000 Kini Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,349
- Samsung Galaxy Chromebook 2 - Chromebook Pertama Dengan Paparan QLED
- AMD Perlihatkan Reka Bentuk Kad Grafik Radeon RX 6000
- ROG Strix Advantage Edition Dilancar, "Laptop" Gaming Berkuasa AMD
- Prestasi Exynos 2200 Dengan GPU AMD 'Tapau' Snapdragon 8 Gen 1
- ASUS ROG Zephyrus G14 Dan G15 Dikemaskini Dengan Ryzen 5000 Serta RTX 30
- Gigabyte Melancarkan Kad Grafik Siri AMD Radeon RX 6600 XT