AMD Mendakwa LG, MediaTek, Sigma Design dan Vizio Mencuri Rekaan Mereka

AMD merupakan syarikat pembuat perkakasan grafik terkenal ketika ini, pemproses grafik mereka digunakan pada PS4, Xbox One dan ofcourselahh PC. Baru-baru ini terdapat laporan mengatakan AMD sedang dalam usaha untuk memfailkan saman terhadap LG, MediaTek, Sigma Design dan Vizio kerana menggunakan rekaan dan teknologi yang telah dipatenkan oleh AMD.

AMD juga mendakwa kebanyakan pemproses visual yang digunakan di dalam peranti telefon pintar, PC dan TV meniru konsep yang sama digunakan mereka. AMD juga berharap penjualan peranti-peranti berkenaan akan dilarang penjualannya (nama tidak disebutkan) pada masa akan datang.

Mengikut AnandTech, rungutan yang dibuat sebenarnya adalah ditujukan kepada syarikat seperti ARM dan Imagine Technologies, dimana kedua-dua mereka hanya membuat rekaan grafik dalaman tetapi tidak manufacture dengan sendiri. Jika dilihat mereka merupakan sasaran mudah AMD untuk mendapatkan keuntungan melalui koleksi royalti paten. Walaubagaimanapun, ARM yang baru sahaja membina cip mereka sendiri menggunakan seni bina baru (Bitfrost) mungkin tidak terlalu terjejas dengan aduan yang dibuat oleh AMD kali ini.

Sama-sama kita nantikan apa langkah AMD seterusnya.

Sumber