Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
960×0 (1)

AMD Memperkenalkan Siri Cip Ryzen 5000 Untuk Kategori Komputer Riba

Diterbitkan Januari 13, 2021 oleh Meor Hasyim

Menerusi acara CES 2021, AMD kini telah memperkenalkan siri cip terbaharu untuk komputer riba iaitu Ryzen 5000.

960×0 (2)

Ini adalah merupakan cip dengan senibina Zen 3 yang sama telah diperkenalkan pada CPU desktop pada November 2020 lalu.

Apa yang terbaharu untuk siri Ryzen 5000 ini adalah siri HX yang memfokuskan kepada prestasi maksimum Zen 3 untuk komputer riba.

AMD Memperkenalkan Siri Cip Ryzen 5000 Untuk Kategori Komputer Riba

Cip yang paling berkuasa adalah Ryzen 9 5980HX dengan prestasi 23% lebih pantas untuk teras tunggal dan 17% lebih pantas untuk multi-teras berbanding cip sebelumnya. Ia hadir dengan 8 teras 16 bebenang dan berkelajuan sehingga 4.8GHz.

Jika dibandingkan dengan Intel, Ryzen 9 5900HX mampu mengalahkan Intel i9-10980HK dengan prestasi gaming lebih baik sehingga 37%.

Siri U pula memfokuskan kepada kategori laptop nipis dan ringan. Siri ini hadir dengan sehingga 8 teras 16 bebenang dengan kelajuan sehingga 4.4GHz serta kuasa serendah 15W. AMD juga menjanjikan ketahanan bateri sehingga 17.5 jam untuk penggunaan purata.

Menurut AMD, cip Ryzen 5000 untuk komputer riba ini bakal tersedia untuk pengeluar bermula separuh pertama 2021.

Rujukan: AMD

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY