AMD Memperkenalkan Radeon Pro Duo Dengan 2 GPU Polaris Dalam Satu

Amd pada tahun lepas telah mengeluarkan Radeon Pro Duo menggunakan 2 GPU architecture Fiji dan tahun ini menggunakan formula yang sama dengan menggunakan 2 GPU architecture Polaris.

Radeon Pro Duo terbaru itu yang menggunakan 2 GPU Polaris datang dengan harga yang lebih murah dengan keperluan kuasa yang lebih rendah.

Direka utnuk menangani beban kerja profesional seperti kandungan VR, Radeon Pro Duo mempunyai kuasa sebanyak 11.45 terraflops.

Spesifikasi lain seperti 4,608 stream processors, 256 texture units 32 GB RAM.

Keperluan kuasa ini kurang 100W berbanding versi terdahulu dengan 250W.

Dengan harga runcit $999 atau RM 4,364.631, ia boleh menjadi pilihan terbaik bagi sesiapa yang mempunyai bajet yang rendah.

AMD dijangka menjual Radeon Pro Duo terbaru pada akhir May.

Sumber