AMD Dilapor Menyaman MediaTek Kerana Pelanggaran Hak Paten Teknologi Grafik

Advanvced Micro Devices atau lebih dikenali sebagai AMD dilaporkan telah menyaman MediaTek, berkenaan pelanggaran hak paten teknologi grafik.

Syarikat berpengkalan di Taiwan itu dituduh menggunakan teknologi GPU dan APU yang dipatenkan AMD pada produk mereka seperti TV dan beberapa peranti pintar lain.

Ia berhubung dengan teknologi seperti unified shader, senibina pemprosesan grafik dan sistem saluran grafik sejajar.

Menurut Seeking Alpha yang menggarap laporan daripada Bloomberg, ekoran pelanggaran hak paten terbabit, AMD mahukan "pampasan tunai untuk pelanggaran masa lalu, berterusan, dan masa hadapan". Ia juga disertakan dengan perintah mahkamah untuk menghalang pelanggaran paten teknologi grafik dimasa depan.

Antara produk yang dikaitkan adalah cip pemproses MediaTek Helio P10 yang digunakan pada sesetengah telefon pintar LG.

via TomsHardware