AMD Dikatakan Sedang Bangunkan Ryzen 9 5900, Ryzen 7 5800, 5700G Dan 5600G

Siri AMD Ryzen 5000 sudah pun boleh dibeli buat pasaran tempatan pada November yang lalu dengan harga bermula RM1349.

Kini, AMD dikatakan sedang membangunkan dua pemproses berasaskan Vermeer Silicon dan dua berasaskan Cezanne.

Kesemua cip pemproses ini masih sebahagian daripada siri AMD Ryzen 5000 walaupun rekaannya daripada dua pasaran berbeza.

Ryzen 9 5900 dan Ryzen 7 5800 pemproses dekstop akan dipasarkan dengan rakan OEM. Ini bermakna ia tidak dijual secara terus kepada pelanggan. Sebaliknya, ia boleh didapati dengan sistem desktop yang penuh.

Menurut momomo, Ryzen 9 5900 dilengkapi 12-teras CPU dengan TDP 65W dimana penggunaan kuasa lebih rendah daripada 5900X (105W). Sementara Ryzen 7 5800 octa-teras juga mempunyai TDP 65W.

https://twitter.com/momomo_us/status/1340261029960273920?s=20

Dikatakan juga bahawa cip pemproses tersebut sudah tertiris dalam talian yang mungkin ia disenaraikan oleh pengeluar papan induk.

Dalam pada itu, Patrick Schur mendedahkan AMD merancang untuk mengeluarkan cip pemproses berasaskan Cezanne APU. Ia adalah daripada siri G dengan TDP 65W.

https://twitter.com/patrickschur_/status/1340355714703896576?s=20

Seni bina APU berasaskan Zen3 ini akan menggantikan siri Ryzen 4000G yang berasaskan 'Renoir' silicon.



Walau bagaimanapun, seperti Ryzen 9 dan Ryzen 7, ia hanya akan ditawarkan untuk pengguna OEM.

AMD akan mengumumkan cip pemproses Zen3 berasaskan APU dengan kod nama Cezanne semasa acara CES 2021. Namun, ia mungkin untuk pemproses pada komputer riba gaming akan datang.

Sumber: @momomo_us, @patrickschur, videocardz