AMD Bersama-Sama Synaptics Bangunkan Sistem Biometrik Untuk PC

Advanced Micro Devices dan Synaptics akan bekerjasama dalam membawakan sistem keselamatan biometrik ke dalam PC. AMD melalui cip Ryzen mereka dan Synaptics melalui sensor FS7600 Match-In-Sensor akan digabungkan bersama bagi mewujudkan sistem keselamatan yang boleh diharapkan. Tidak dipastikan lagi cip Ryzen mana yang sedang diusahakan bersama Synaptics untuk tujuan di atas.



Idea mereka sama seperti telefon pintar, memastikan sistem keselamatan ini mempunyai saluran khusus dan tidak bercampur dengan saluran-saluran lain. Ini disebabkan sistem operasi Windows dikenali sebagai sistem operasi yang 'lopong' dan tidak selamat.

Microsoft pernah cuba melakukan perkara yang sama melalui Windows Vista tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Windows Vista kekal diingati sebagai sistem operasi Windows yang tidak mesra pengguna dan terlalu perlahan.



 

AMD cuba mengintegrasikan sensor FS7600 dari Synaptics ke dalam platfom Ryzen mereka manakala Qualcomm sudah pun menjalinkan kerjasama bersama AMD dalam teknologi Always Connected PC.

Ini berita baik untuk pengguna AMD dan mereka berada di landasan yang baik dalam usaha mereka menghidupkan kembali jenama mereka di kalangan pengguna PC. AMD dalam proses menghasilkan cip CPU terbaru Zen generasi kedua yang menggunakan teknologi fabrikasi 7nm dan kad grafik dengan senibina Navi dengan teknologi fabrikasi yang sama.

Sumber: SemiAccurateWindows Central