AMD Akan Pastikan Teknologi Ray-Tracing Menemui Kad Kelas Permulaan

Apabila NVIDIA mengumumkan yang siri kad GeForce RTX 20xx mereka akan mempunyai sokongan teknologi ray-tracing, pemerhati industri mempunyai beberapa pendapat dan kebanyakkannya teruja dengan pengumuman tersebut. Namun, teknologi itu yang sebelum ini telah digunakan dalam industri perfileman terutamanya sektor animasi belum lagi mencapai tempoh matang yang sepatutnya untuk pasaran pengguna kebanyakkan.

Pengumuman kad grafik NVIDIA GeForce RTX 20xx telah membangkitkan persoalan; apakah langkah seterusnya untuk AMD bagi menghadapi apa yang telah didedahkan oleh NVIDIA?



David Wang, Naib Presiden Kanan Kejuruteraan di Kumpulan Teknologi Radeon (RTG) telah memberikan sedikit pendapatnya semasa temuramah bersama media Jepun, 4Gamer.

Wang berkata yang AMD pastinya akan mempunyai penyelsaian terhadap sokongan DirectX Raytracing (DXR) oleh Microsoft. Dia berpendapat yang teknologi ray-tracing tidak akan menjadi arus perdana sehinggalah kad grafik kelas permulaan turut menyokongnya.

Sehingga perkara tersebut berlaku, tiada tarikh atau garis masa dapat dilukis bagi memberi bayangan adakah AMD sudah mempunyai perancangan mereka tersendiri dalam teknologi ray-tracing.

Temuramah bersama David Wang ini sedikit sebanyak membayangkan yang kad generasi seterusnya AMD, Navi tidak akan hadir dengan teknologi ray-tracing. Mungkin AMD mengambil langkah selamat bagi memastikan teknologi tersebut betul-betul matang sebelum mengaplikasikannya ke dalam produk mereka.

Sumber: Tom's Hardware, PC Gamer

Berkaitan