Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
skmm covid-19

Ambil Tahu Simptom Penyakit COVID-19

Diterbitkan November 27, 2020 · Dikemas kini November 27, 2020 oleh ariff bukhari

Memandangkan kes COVID-19 di Malaysia tidak berkurangan dengan laporan kes jangkitan yang meningkat saban hari.

Mari bersama kita ambil tahu simptom-simptom yang menunjukkan anda disyaki menghidap penyakit COVID-19.

Terdapat 2 kriteria utama perlu dipenuhi jika anda disyaki menghidap penyakit COVID-19. Iaitu secara klinikal dan epidemiologi.

Berikut adalah kriteria klinikal anda disyaki menghidap penyakit COVID-19 sepertimana yang dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):-

a. Kriteria klinikal

i) Sekurang kurangnya dua daripada gejala berikut:

  • Demam
  • Kesejukan
  • Menggigil
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Loya atau muntah
  • Cirit-birit
  • Kelesuan
  • Hidung tersumbat atau selsema secara tiba-tiba

ATAU
ii) Salah satu daripada gejala berikut:-

  • Batuk
  • Sesak nafas
  • Kesukaran bernafas
  • Hilang deria bau secara tiba-tiba
  • Hilang deria rasa secara tiba-tiba

ATAU
iii) Mengalami penyakit pernafasan yang teruk dengan sekurang-kurangnya satu daripada gejala berikut:-

  • Radang paru-paru (pneumonia)
  • Sindrom kecemasan respiratori akut (Acute Respiratory Distress Syndrome)

b. Kriteria epidemiologi

  • Pernah menghadiri majlis atau kawasan yang dikaitkan dengan kluster COVID-19 atau zon merahATAU
  • Pernah mengembara/tinggal di luar negara dalam masa 14 hari sebelum bergejalaATAU
  • Kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari sebelum bergejala.

Namun begitu, walaupun anda tidak memenuhi kriteria anda disyaki dijangkiti COVID-19 seperti mengalami demam, batuk atau selsema sahaja. Itu tidak bermakna anda boleh mengambil ringan terhadap sakit tersebut.

KKM tetap mengsyorkan supaya anda segera berjumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat, dengan mematuhi SOP memakai pelitup muka, jaga penjarakan sekurang-kurangya 1 meter dan amalkan etika batuk dan bersin apabila anda keluar dari rumah untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Info Sihat KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY