Ambil Gambar Pemandangan Menarik Guna Mi Note 10 Untuk Rebut Hadiah Percutian

Syarikat teknologi global Xiaomi telah bekerjasama dengan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (LPPM) untuk meningkatkan pelancongan Malaysia di peringkat global.

Kerjasama ini memperlihatkan Xiaomi dan LPPM bersama-sama menghasilkan rakaman fotografi di beberapa tempat menarik di Malaysia menggunakan Mi Note 10. Rakaman  daripada telefon pintar berkenaan akan disumbangkan sebagai video promosi untuk kempen Visit Malaysia 2020 (VM2020).

Ia juga bertujuan mempromosikan pelancongan Malaysia melalui Mi Note 10, iaitu telefon pintar pertama di dunia dengan kamera 108 MP penta.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=w2qcA37UEqM[/embed]

Kerjasama ini diumumkan pada majlis yang berlangsung antara Xiaomi Malaysia dan LPPM yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPPM, Datuk Musa Yusuf. Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa wakil dari Xiaomi Malaysia termasuk Allen An, Pengurus Xiaomi Malaysia dan Singapura. Acara ini menyaksikan Memorandum Kerjasama Bersama (MoJC), ditandatangani oleh Xiaomi dan LPPM.

Visit Malaysia 2020

Menurut Datuk Musa, Mi Note 10 adalah peranti yang terbaik untuk memaparkan keindahan tersembunyi Malaysia di mata dunia. Bagi kempen VM2020, LPPM mahu menunjukkan sesuatu yang terbaik Malaysia mampu tawarkan, sama ada warisan, kebudayaan yang pelbagai atau tempat-tempat menarik  dalam negara. Justeru itu, kerjasama bersama  Xiaomi mampu membantu LPPM mencapainya.

Bersempena dengan kerjasama ini, Xiaomi akan melancarkan pertandingan fotografi dalam talian, dengan tema #ExploreMalaysiaWithMINOTE10, di laman Facebook rasminya. Pengguna boleh mengambil bahagian dengan merakam gambar pemandangan di Malaysia dengan menggunakan Mi Note 10.

Peserta dikehendaki mengambil gambar dan hantar secara dalam talian di Facebook atau Instagram dengan hashtag #ExploreMalaysiaWithMiNote10. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif dan akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari LPPM termasuk tiket ke tempat-tempat dan resort yang menarik di Malaysia.

Mi Note 10 dilancarkan secara rasmi pada 4 Disember 2019 di Malaysia dan boleh didapati secara dalam talian melalui Lazada, Shopee dan di semua rangkaian Mi Store seluruh Malaysia.