AmBank Bekerjasama Dengan Digi Sediakan Platform e-Pembayaran

AmBank dan Digi hari ini telah mengumumkan kerjasama dalam menyediakan perkhidmatan e-Pembayaran.

Menerusi kerjasama yang terjalin, AmBank dan Digi menyasarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam mengaplikasikan sistem tanpa tunai dalam urusniaga mereka.

Terdapat dua pendekatan yang bakal dilaksanakan, salah satunya adalah terminal dagangan AmBank (POS) akan diaktifkan untuk menerima transaksi kod QR dari aplikasi Vcash.

Langkah kedua adalah Digi akan membawa masuk Perusahaan Kecil dan Sederhana dibawah program Pedagang Induk dengan AmBank. Hal ini dapat meningkatkan jumlah peruncit yang menggunakan sistem Vcash.

Jalinan ini turut menyasarkan penyediaan 10,000 terminal e-Pembayaran Digi untuk 12 bulan mendatang.

Perkara ini pertama kali diketahui umum pada penghujung Julai lalu, tetapi ketika itu AmBank tidak mendedahkan rakan kongsi yang terlibat.