Kontrak itu bernilai USD10 bilion.
Amazon dilaporkan telah memfailkan saman terhadap pihak Pentagon di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat bagi mencabar keputusan Jabatan Pertahanan itu memberikan kontrak yang dikenali sebagai Joint Enterprise Defense Infrastructure (JEDI) bernilai AS$10 bilion (RM166 bilion) kepada Microsoft Corp.
Walaupun Amazon tidak menyatakan sebab utama mengapa saman itu dibuat tetapi sebelum ini Amazon dilaporkan pernah mendakwa keputusan pemberian kontrak itu kepada Microsoft sebagai berat sebelah dan mengesyorkan ia ada melibatkan pengaruh politik.
Walaubagaimanapun, Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper telah menolak sebarang dakwaan pilih kasih dalam keputusan Pentagon memberikan kontrak kepada Microsoft.
Microsoft turut respon dan menyatakan keputusan Pentagon menganugerahkan mereka kontrak JEDI berbanding Amazon sebagai keputusan yang adil.
“We believe the facts will show they (DoD) ran a detailed, thorough and fair process in determining the needs of the warfighter were best met by Microsoft,” Microsoft.
Amazon sebelum ini telah disebut-sebut sebagai firma yang bakal mendapat kontrak berkenaan. Walaubagaimanapun, Microsoft telah membuat kejutan apabila muncul sebagai firma yang menerima kontrak tersebut.
Sumber: Engadget
Berkaitan
- Satelit Internet Pertama Amazon Berjaya Dilancar, Bakal Saingi Starlink Elon Musk
- Pra Tempah Permainan Video DRAGON BALL Z: Kakarot Collector's Edition Di Laman Stor Amazon
- Pemilik Amazon Dijangka Akan Menjadi Individu Dengan Kekayaan Trilion Pertama Dalam Tempoh 5 Tahun Lagi
- Servis Storan Awan Amazon Drive Akan Ditamatkan Akhir Tahun Depan
- Amazon Disahkan Laksana Pembuangan Pekerja Terbesar Dalam Sejarah Syarikat
- SpaceX Mohon Lancar Hampir 30 Ribu Satelit Ke Orbit, Amazon Mahu Dinilai Sebaiknya
- Didakwa Guna Teknologi Video Mereka Secara Percuma, Nokia Saman Amazon
- Amazon 'Kantoi' Kononnya Jual Storan Luar 16TB, Sebaliknya...
- Amazon Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019
- Amazon Kini Berkongsi Rekaan Dan Teknologi Teksi Robot Mereka Sendiri