Amazfit Tawar Diskaun Sehingga 40% Melalui Jualan 7.7

Amazfit Malaysia hari ini telah mengumumkan jualan pertengahan tahun 7.7 yang bermula hari ini, 7 Julai hingga 12 Julai 2020. Menerusi jualan tersebut, Amazfit menawarkan sehingga 40% diskaun bagi produk yang terpilih.

Antaranya termasuk Huami Amazfit T-Rex, Huami Amazfit GTS Smart Sport, Amazfit GTR dan pelbagai lagi.



Bagi Amazfit Verge, harga jam pintar ini telah dikurangkan kepada RM309 berbanding harga asal RM689. Jam pintar ini dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED serta fungsi seperti kawalan kamera, 12 mod sukan, membuat dan menjawab panggilan, sokongan NFC dan sebagainya.

Untuk senarai penuh produk Amazfit yang ditawarkan pada harga diskaun, layari kedai jualan rasmi di Lazada atau Shopee.