Amazfit Neo Diperkenalkan - Jam Pintar Dengan Rekaan Retro Berharga RM 139

Amazfit merupakan satu jenama jam pintar yang terkenal kerana harganya yang murah. Mereka kali ini akan melancarkan jam pintar terbaru mereka iaitu Amazfit Neo dengan rekaan jam digital-retro serta bateri yang mampu bertahan dengan lebih lama.



Amazfit Neo menampilkan paparan STN 1.2 inci dimana mereka menyatakan ia mudah untuk dilihat di bawah cahaya yang terang. Jam pintar ini diperbuat daripada plastik serta menggunakan tali PUR dan beratnya hanya 32g.

Selain itu, fungsi 'lift to wake' hadir bagi tujuan bateri bertahan lebih lama. Bercakap tentang bateri, jam pintar ini mempunyai kapasiti 160mAh dan mampu bertahan sehingga 28 hari dengan sekali cas.

Anda juga boleh mendapat notifikasi teks mesej dan email dengan memadankan dengan peranti pintar anda serta ia menyokong Android 5.0 dan iOS 10.0 ke atas.

Amazfit Neo dilengkapi dengan sensor BioTracker PPG3 untuk memantau kadar degupan jantung 24/7 dan juga memberi amaran jika degupan jantung menjadi laju.

Ia juga mampu mengesan aktiviti atau senaman anda termasuk langkah kaki dan kalori. Ciri lain yang menarik adalah Personal Activity Intelligence (PAI) Health Assesment System iaitu sistem penilaian kesihatan untuk anda merancang senaman anda dengan lebih mudah serta anda dapat menyimpan skor peribadi sebagai motivasi.

Tambahan lagi, anda dapat mengenal pasti tahap dan kualiti tidur anda kerana ia hadir dengan ciri mengesan tidur. Terdapat tiga mod sukan yang akan memberikan informasi secara terus iaitu mod berlari, berjalan dan berbasikal.



Amazfit Neo hadir dengan warna hitam, hijau dan merah tetapi hanya warna hitam ditawarkan di Malaysia. Harga rasmi bagi Amazfit Neo adalah RM 149 dan mula dijual bermula 10 Oktober 2020.



Namun, sempena pelancarannya, anda boleh memiliki jam pintar ini dengan harga RM 139 di Shopee dan terhad kepada 300 unit sahaja pada 2 Oktober.