Kedua-duanya membawakan spesifikasi hampir sama antara satu sama lain namun dengan rekaan luaran yang berbeza.
Amazfit GTR 2
GTR 2 merupakan model direka berbentuk bulat dengan paparan berukuran 1.39 inci AMOLED dengan resolusi pixel 454x454.
Rekaannya lebih dikemaskini dengan bezel yang lebih nipis berbanding GTR yang pertama.
Kemudiannya bateri adalah lebih besar iaitu 471mAh dan menawarkan ketahanan bateri sehingga 14 hari untuk kegunaan normal atau 38 hari untuk kegunaan asas.
Antara yang terbaharu adalah ciri SomnusCare iaitu pemantauan tidur dan OxygenBeat, ciri pemantauan kadar oksigen darah. Menurut Amazfit, ketepatan sensor pemantauan oksigen darah ini adalah pada 96%.
Ciri kesihatan lain adalah BioTracker PPG iaitu pemantauan degupan jantung dan 12 mod senaman.
Terdapat juga mikrofon terbina yang boleh menjawab panggilan secara Bluetooth. Ciri lain termasuklah NFC, GPS, 5ATM, storan 4GB, dan juga pembantu maya XiaoAI.
Terdapat dua varian GTR 2 yang dijual iaitu classic dan sports. Classic merupakan model kerangka besi dengan tali kulit, manakala sports pula kerangka aloi aluminium dengan tali silikon.
Amazfit GTS 2
GTS 2 merupakan jam tangan yang menawarkan rekaan skrin petak.
Ia berkongsi spesifikasi yang sama dengan GTR 2 seperti ciri penjejakan kesihatan, pemantauan oksigen darah, 4GB storan dalaman, kalis air 5ATM, serta GPS.
Dari segi rekaannya, ia lebih ringan dan nipis dari GTS pertama manakala skrinnya adalah berukuran 1.65 inci AMOLED.
Untuk ketahanan bateri pula, GTS 2 menawarkan jangka hayat sehingga 7 hari namun boleh dipanjangkan ke 20 hari untuk penggunan asas.
Jika dilihat secara keseluruhan, perbezaan antara GTR 2 dan GTS 2 adalah hanya dari segi rekaan dan juga ketahanan bateri.
Untuk harga jualan, Amazfit memasarkan kedua-dua harga GTR 2 dan GTS 2 pada 999 yuan (~RM609).
Berkaitan
- 10 Telefon Bawah RM2000 Paling Berbaloi Dimiliki (Edisi Penghujung Tahun 2020)
- Redmi Mengacah Kehadiran Siri Note 9 Pada 12 Mac Ini
- realme 7 Pro Dijual Secara Rasmi Pada RM1499, realme 7 Pula RM1299
- PewDiePie Kepenatan, Akan Bercuti Dari YouTube Untuk Tahun 2020
- Harga Siri HONOR 20 Diturunkan - Potongan Sehingga RM300
- Apple Menjual Roda Mac Pro Dengan Harga RM2,799
- Acer Malaysia Perkenalkan Barisan Monitor AOpen Bermula Harga RM289
- (Ulasan) Amazfit GTR 2e - Jam Pintar Elegan, Lebih Mampu Milik
- Amazon Alexa Akhirnya Temui Batu Nisan Selepas 25 Tahun
- Redmi Airdots 2 Diperkenalkan Dengan Bluetooth 5.0, Harga Masih Lagi Berpatutan