Masa kini penggodam bersembunyi di sebalik obsesi pencarian maklumat Covid-19 untuk menyebarkan perisian hasad. Namun kini yang terbaharu, penggodam mencari cara baharu dalam meningkatkan keberkesanan penyebaran perisian hasad dengan menggunakan peta statistik Covid-19.

IKLAN
Fail yang mengandungi perisian hasad. Direka menyerupai sebuah laman web sebenar.

Peta tersebut digunakan sebagai medium untuk menanam perisian hasad ke dalam komputer milik mangsa. Apa yang boleh terjadi adalah, dengan memuat turun peta tersebut, maklumat penting seperti username, kata laluan, nombor kad kredit, dan juga maklumat sensitif lain boleh dicuri.

Nama spesifik perisian hasad ini adalah AZORult, yang sudah berkeliaran 4 tahun lamanya dan bukannya perisian hasad yang baru dicipta.

Perisian yang mengandungi peta Covid-19 ini menyerupai peta statistik yang sebenar jadi pengguna boleh tertipu untuk berinteraksi dengannya.

IKLAN

Sebagai nasihat, pengguna internet sangat digalakkan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari badan kesihatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun maklumat luar negara seperti dari World Health Organization.

Sebenarnya sangat mudah untuk penggodam memainkan emosi dan ketakutan pengguna sebagai medium mereka untuk menyebarkan perisian hasad. Jika tersilap langkah, maklumat penting anda pula boleh dicuri dan digunakan untuk tujuan yang tidak elok.

IKLAN

Anda boleh ke pautan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut serangan dan juga perisian yang mengandungi AZORult ini.

Sumber: ReasonSecurity