Alpha Universe - Hab Informasi Bagi Pengguna Kamera Sony

Sony merupakan syarikat yang mempunyai pelbagai jenis barisan produk. Dari televisyen, laptop, konsol permainan video dan banyak lagi. Ia termasuklah kamera. Sony juga adalah antara pengeluar terkemuka bagi peranti kamera terutamanya kamera DSLR.

Bagi memastikan mereka terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna mereka, Sony telah memperkenalkan sebuah hab informasi bagi pengguna kameranya. Hab berkenaan dikenali sebagai Alpha Universe.



Pengguna kamera Sony boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna berkaitan kamera keluaran mereka melalui hab tersebut. Bukan itu sahaja, Sony juga telah menyediakan tips-tips berguna untuk pengetahuan pengguna.

Pengguna juga boleh melawat profil dan melihat contoh foto yang dihasilkan oleh duta-duta Sony melalui slot 'Ambassador' yang disediakan. Malah, ruang 'Competition' yang tersedia pula akan memastikan para jurugambar dapat sentiasa mengikuti pertandingan terkini yang akan diadakan.

Sumber