Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
alliance app

Alliance Bank Perkenalkan Penyelesaian Perbankan Segera Digital

Diterbitkan November 10, 2020 oleh Amsyar Latif

Alliance Bank Malaysia Berhad (Bank) hari ini melancarkan penyelesaian perbankan digital sepenuhnya yang membolehkan pelanggan melakukan apa-apa atau semua perkhidmatan hanya melalui telefon.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

  • Buka akaun simpanan serta-merta
  • Permohonan kad kredit
  • Permohonan pinjaman peribadi

Penyelesaian ini sangat pantas, mudah dan senang buat pelanggan yang lebih selesa untuk melakukan urusan bank dalam talian.

alliance app

Hasil soal selidik yang dilakukan juga, sebanyak 60% pelanggan tidak mahu ke bank secara fizikal atas sebab COVID-19.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, Bank mengajak pelanggan untuk memohon penyelesaian secara dalam talian melalui lamanĀ ini dengan panduan secara digital.

Sebagai ganjaran, 200 pelanggan pertama yang membuat permohonan dalam talian akan menikmati kadar faedah khas dan pulangan tunai pada akaun simpanan, kad kredit dan pinjaman peribadi.

Perbankan digital ini juga disokong oleh penggunaan teknologi pengesahan identiti Digital Know Your Customer (e-KYC) dengan kerjasama CTOS Data System Sdn Bhd.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY