Pandang Pertama Wiko Ufeel Prime: Telefon Perancis Kelas Pertengahan Berspesifikasi Tinggi, Ini Pengalaman Kami Apabila Menggunakannya

By on on

Pandang Pertama Wiko Ufeel Prime: Telefon Perancis Kelas Pertengahan Berspesifikasi Tinggi, Ini Pengalaman Kami Apabila Menggunakannya

Jenama telefon pintar Wiko mungkin masih lagi asing dalam kalangan penggemar gajet di negara ini. Bagi yang belum tahu Wiko adalah syarikat pembuat telefon pintar dari Perancis yang baru sahaja menembusi arena telefon pintar Malaysia. Mereka lebih mensasarkan telefon praktikal ‘mid-range’ mampu milik yang boleh dipercayai.
Model Ufeel dari Wiko telah diumumkan secara rasmi pada sidang akhbar di MWC Barcelona pada bulan Februari tahun ini. Model Ufeel ini menawarkan tiga jenis siri iaitu Ufeel, Ufeel Lite dan Ufeel Prime. Kali ini kami akan mengulas dengan lebih lanjut tentang telefon flagship dari model itu iaitu Ufeel Prime.

Rekaan Luaran

wiko3

Wiko menggunakan rekaan kerangka aluminium unibody untuk membina casis model Ufeel Prime ini. Bucu telefon dibulatkan supaya ianya selesa untuk dipegang. Ianya mempunyai badan belakang yang lengkung. Di bahagian hadapan terdapat kamera 8-Megapixel berserta flash dan juga pengimbas cap jari.

Di bahagian tepinya pula terdapat ruang untuk 2 kad sim Nano atau kombinasi 1 kad sim Nano dan kad MicroSD. Pada pendapat kami ciri seperti ini boleh dilihat pada model Samsung S7/S7 Edge. Ianya sudah semestinya lebih praktikal dan menjimatkan ruang dalam menghasilkan rekaan yang lebih minimalis dan ranggi.

1482139374_tmp_imag0121

1482216820_tmp_imag0151

Jika dilihat di bahagian belakang ianya menyerupai rekaan telefon dari HTC tetapi kami merasakan permukaan peranti ini lebih licin, sama seperti permukaan casis MacBook. Dari segi pengalaman memegang Wiko Ufeel Prime ini, ternyata ianya seperti memegang telefon yang ekslusif dan premium.

Rekaan kamera utama yang berbentuk bulat di bahagian belakang tertimbul dan dibawahnya diletakkan 2 flash LED. Terdapat juga belang emas meliputi bahagian bawah dan atas. Di bahagian bawah peranti ini diletakkan pembesar suara dan USB 2.0. Headphone jack pula diletakkan di bahagian atas telefon.

Dari segi ukuran, peranti ini mempunyai ukuran badan 142.5×69.9×8.7 mm dan berat sebanyak 150 gram termasuk bateri. Pada pandangan kami, telefon ini sangat sedap untuk dipegang di tapak tangan. Ianya lebih mudah untuk menyentuh keseluruhan skrin berbanding telefon bersaiz gergasi di pasaran.

Wiko menawarkan tiga pilihan warna iaitu Silver, Anthracite dan Gold. Tetapi di pasaran Malaysia, Wiko Ufeel Prime ini hanya ditawarkan dalam warna Gold dan Anthracite.

Paparan Skrin

wiko2-compress

Wiko Ufeel Prime ini dibina dengan paparan skrin HD Penuh berukuran 5 inci menggunakan teknologi IPS bersama resolusi 1080p (ketumpatan pixel 441 PPI). Ianya juga memiliki ciri perlindungan kalis calar dengan kaca skrin 2.5D. Dengan harga yang ditawarkan oleh Wiko untuk Ufeel Prime ini, ianya sangat berbaloi. Kebanyaakan telefon pada harga yang sama di pasaran cuma memiliki resolusi 1280p iaitu pada kadar (267~294 PPI).

Daripada penglihatan kami paparan imej dan ikon juga agak tajam, sama taraf seperti iPhone 7 (401 PPI). Cuma kami merasakan paparan kelihatan sedikit gelap walaupun kami telah menggunakan ‘brightness’ secara maksimum semasa menggunakan peranti ini pada waktu tengahari dengan cahaya matahari yang kuat. Kami masih lagi mampu melihat paparan dengan mudah dalam keadaan terang dengan menggunakan fungsi ‘Smart Display’ untuk mengoptimumkan paparan dibawah cahaya matahari terik.

Perkakasan Dan Perisian

Ufeel Prime ini dibina dengan cipset Qualcomm Snapdragon 430 berserta dengan pemproses 1.4 GHz Octa-Core. Peranti ini juga dimuatkan dengan RAM bersaiz 4 GB. Mengikut daripada pengalaman kami menggunakan telefon ini, ianya sudah cukup memadai untuk mejalankan pelbagai tugas dan aplikasi dalam satu masa tanpa masalah. Selain daripada itu, Ufeel Prime juga memiliki memori dalaman sebanyak 32 GB. Seperti biasa, telefon ini boleh dinaik taraf storan sehingga 64 GB menggunakan microSD.

Mengikut dari kajian Antutu Benchmark v6, Wiko Ufeel Prime mendapat markah sebanyak 43,558. Jika dilihat dari ranking, ianya disukat sebagai antara telefon berprestasi tinggi di dalam liga telefon ‘mid-range’. Dari segi pelayaran laman web juga kami dapati  tiada sebarang masalah rumit yang dihadapi.

b

Kami berkesempatan memainkan Asphalt 8 menggunakan peranti ini. Ternyata dengan RAM sebesar 4GB ini kami dapati tiada sebarang ‘lagging’ yang berlaku semasa bermain. Ianya dijalankan dengan lancar dan tindak balas juga adalah sangat pantas. Ufeel Prime juga diberi nafas yang segar dengan kualiti audio yang sangat memuaskan.

screenshot_20161222-024636

Dari segi kapasiti bateri pula Ufeel Prime dimuatkan dengan saiz bateri sebesar 3000mAh. Ianya juga memiliki sokongan Fast Charge. Sudah cukup memadai untuk penggunaan seharian. Kami sendiri berasa kagum dengan jangka hayat bateri peranti ini yang dapat bertahan dari pagi hingga ke malam walaupun menjalankan aplikasi yang berat seperti YouTube dan strim video.

wiko6-compress

Dari segi software pula, Ufeel Prime menggunakan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow berserta dengan UI dari Wiko sendiri. Jika dilihat ianya seolah-olah telefon stok android seperti OnePlus 3 dan HTC 10 dengan penambahan tema dari Wiko sendiri yang unik dan kemas. Dari pemerhatian kami, tidak banyak aplikasi ‘bloatware’ yang terdapat di dalam peranti ini. Ianya kelihatan lebih ‘clean cut’ dan ringkas.

Antara ciri yang diketengahkan oleh Wiko adalah seperti Smart Action seperti menyentuh skrin 2 kali untuk menghidupkan paparan atau ‘mute’ suara dengan memusingkan posisi telefon. Apa yang menarik perhatian kami adalah fungsi keselamatan seperti ‘File Lock’ dan ‘Apps Lock’. Bukan sahaja anda boleh kunci setiap aplikasi malah anda juga boleh mengunci setiap fail seperti gambar, video atau musik.

Fungsi seperti ini sesuai untuk golongan ‘Paranoid Freak’ yang lebih sukakan privasi dan keselamatan fail peribadi.

Pengimbas Cap Jari Pelbagai Guna

d

Antara fungsi lain yang menarik perhatian kami adalah pengimbas cap jari. Dengan fungsi ini, anda boleh mempelbagaikan fungsi pengimbas cap jari dengan menggunakan kelima-lima jari. Ini bermakna setiap jari boleh digunakan untuk setiap tugasan yang berbeza. Terpulang kepada anda.

Kami menggunakan ke semua jari kami untuk menyesuaikan ke aplikasi kegemaran atau membuat panggilan. Pertama sekali kami perlu mendaftar maksimum 5 cap jari di “Fingerprint Setting” dan pergi ke ‘Quick Action’ untuk menetapkan tugasan untuk setiap jari yang didaftarkan.

Pada pandangan kami, fungsi ini sudah tentu dialu-alukan kepada pengguna yang lebih gemarkan fungsi ‘shorcut’. Ianya menawarkan pilihan alternatif untuk menjalakan tugas dengan lebih pantas dan mudah.

kllk

Kamera

Dari segi keupayaan kamera, Ufeel Prime dilengkapi dengan sensor Sony IMX 258 13-Megapixel untuk kamera utama manakala 5-Megapixel untuk kamera di hadapan. Kedua-duanya disokong oleh lampu LED flash. Di ruang tetapan kamera anda diberi pilihan mode seperti Pro, Night, FaceBeauty, HDR, Normal, Panorama dan Sport. Dengan menggunakan mod Profesional, anda dapat menyesuaikan tetapan kamera secara manual seperti ISO, Sharpness dan Saturation.

screenshot_20161222-0603236

screenshot_20161222-060824

screenshot_20161222-061036

Untuk mencuba sendiri keupayaan kamera Ufeel Prime ini, kami mengambil beberapa gambar ‘outdoor’ pada waktu petang untuk dijadikan sebagai contoh. Walaubagaimanapun, dengan sensor sebesar 13-Megapixel, gambar yang diambil tidaklah begitu tajam.

Jika dilihat seperti gambar contoh di bawah, dari segi kecerahan dan kedalaman warna adalah memuaskan namun gambar awan yang terlalu terang (over-exposed) sehingga memudarkan warna hijau daun disekeliling. Dapat diperhatikan juga, semak samun di belakang pokok kelihatan agak kabur.

Perhatikan gambar kerusi kayu dibawah, sekali lagi kami lihat perincian pada daun dan banggunan di belakang sedikit kabur. Isu yang sama juga terjadi untuk aplikasi ‘low-light’, gambar yang dihasilkan tidak bergitu jelas walaupun dengan sokongan lampu Dual-LED flash.

Tetapi secara keseluruhan, kualiti kamera utamanya tidak terlalu mengecewakan. Ianya masih mampu menghasilkan gambar yang cantik dan masih berada di tahap yang boleh diterima.

1482248340_tmp_img_20161219_162626

nmm

1482248803_tmp_untitled

Kami juga sempat menggunakan tetapan fungsi FaceBeauty. Seperti yang anda lihat, fungsi ini dapat menjadikan muka lebih bersih. Anda juga dapat menghilangkan ‘eye-bag’ dan bintik-bintik hitam di muka. Fungsi ini sememangnya menghasilkan gambar yang lebih natural, tidak terlalu kelihatan seperti kartun. Dari segi prestasi, kamera ‘selfie’ secara asasnya agak memuaskan.

1482284666_tmp_img_20161221_093925_1

Harga Dan Rumusan

Wiko Ufeel Prime ini dijual di pasaran Malaysia hanya pada RM 899. Pada harga di bawah RM 1000, anda akan dapat peranti ‘Value For Money’. Tidak banyak isu yang dapat kami kenal pasti tentang telefon ini. Peranti yang dilengkapi dengan RAM sebesar 4GB bersama Snapdragon 430 sudah cukup memadai untuk menjalankan tugas dan aplikasi moden tanpa menghadapai sebarang masalah.

Fungsi sensor cap jari pelbagai gunanya juga pantas dan efisyen. Cuma prestasi kameranya sedikit mendukacitakan jika dibandingkan dengan telefon premium yang lain. Apa yang boleh kami simpulkan, dengan harga yang ditawarkan, ternyata Wiko Ufeel Prime ini adalah telefon Perancis yang seksi dan praktikal. Sesuai dengan harganya.

Anda boleh layari laman FB Wiko Malaysia atau laman web rasmi Wiko untuk keterangan dengan lebih lanjut tentang Wiko U Feel Prime ini.

 



Written by: salor30

No comments yet.

Leave Your Reply