Pixel

By on on

Kenapa Kamera Pixel Di Angkat Sebagai Kamera ‘Low-Light’ Terbaik Walaupun Tanpa OIS.

Telefon pintar pertama dari Google iaitu Pixel telah pun di tayangkan pada awal bulan ini, Walaupun pihak Google sendiri mendakwa Pixel adalah peranti yang mempunyai kamera yang terbaik berbanding telefon pintar yang lain, ianya tidak memiliki ciri OIS (Optical Image Stabilization) yang mana menjadi fungsi utama untuk telefon premium di pasaran.

Persoalannya, kenapa Pixel di angkat sebagai telefon yang mempunyai kamera terbaik sedangkan ianya tiada OIS?

Menurut seorang kakitangan Google sendiri, syarikat tersebut tidak perlukan OIS untuk fotografi ‘low-light’ dan Pixel masih menggunakan EIS untuk rakaman video. Dia berkata, fungsi OIS memang membantu untuk menstabilkan kamera dan mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar atau video namun, fungsi OIS dikatakan akan meningkatkan kadar ‘motion blur’ di dalam satu frame. Selain daripada itu, fungsi OIS mempunyai saiz fizikal yang agak besar. Oleh itu, pihak Google tidak meletakkan fungsi OIS di dalam Pixel kerana mahu menghasilkan peranti yang nipis dan slim.

Bagaimana kamera Pixel ini dikatakan hebat?

Pixel dibina dengan saiz sensor pixel yang besar iaitu 1.55-micron untuk kamera belakang dan 1.4-micro untuk kamera depan, yakni ianya mampu untuk menangkap cahaya dengan lebih baik dan menghasilkan imej ‘low-light’m yang sangat padu. Kamera Pixel juga dibina dengan algoritma software yang sangat world-class terutamanya fungsi HDR+ dalam menghasilkan gambar yang cantik.

Kamera Pixel juga menggunakan fungsi EIS dalam memperbaiki video yang bergegar dengan mengekalkan ‘framing’ antara ‘video frame’ secara konsisten. Sebab itu, ramai pihak telah mengakui Pixel antara telefon ‘low-light’ terbaik di pasaran tanpa fungsi OIS.

Written by: Afique Zainuddin

No comments yet.

Leave Your Reply