Alienware m15, Komputer Riba Ternipis Dari Mereka Setakat Ini

Alienware sebagai jenama komputer riba gaming dikenalli dengan logo kepada alien di komputer riba mereka dan juga saiz dan ketebalan peranti mereka yang besar dan tebal. Ketika pengeluar lain sudah mula mengurangkan dimensi lain di samping mengekalkan saiz paparan, Alienware sudah mula bergerak kepada rekaan lebih nipis melalui Alienware m15.



Komputer riba ini mempunyai ketebalan sehingga 20.3 mm dan berat hanya 2.2 kg. Masalah utama komputer riba gaming adalah kad pemprosesan grafik yang tebal dan juga sistem penyejukan yang penting bagi mengekalkan prestasi optima peranti tersebut.



Alienware m15 didatangkan dengan pilihan cip pemprosesan Intel® Core™ i5-8300H atau i7-8750H. Kad grafik dari NVIDIA pula boleh dipilih dari jenis GTX 1060 atau 1070 Max-Q. Skrin paparan untuk model permulaan adalah dari jenis 1080p dengan 60Hz kadar penyegaran dan boleh memilih sehingga panel 4K dengan 144Hz kadar penyegaran.



Memori RAM pula adalah sehingga 32GB dan ruang storan terdiri daripada 1TB SSD dan juga 1TB HDD hybrid. Alienware m15 dijual dengan harga bermula dari $1,299 (RM 5,385.98) dan akan mula memasuki pasaran global pada 25 Oktober ini.

Sumber: Techpowerup, Tom's Hardware