Nintendo Switch telah menjadi sesuatu yang sangat sinonim dengan perkakasan permainan. Pernah anda terfikir apa yang akan berlaku jika kita boleh menggabungkan format Switch dengan kekuatan dan fleksibiliti permainan komputer? Dell telah muncul dengan prototaip Alienware Concept UFO yang melakukan perkara itu.

IKLAN

Idea asasnya adalah; anda menggunakan tablet Windows 10, pada dasarnya versi Microsoft Surface yang lebih kecil atau mana-mana Windows. Tetapi kemudian anda meluncurkan dua paddle seperti alat kawalan ke sisi dan tiba-tiba anda mempunyai sesuatu yang kelihatan mirip seperti Nintendo Switch.

Alienware Concept UFO
Gambar – CNET

Peranti ini mempunyai paparan skrin 8 inci dengan alat kawalan yang boleh ditanggalkan sama seperti Joy Cons Switch. Namun, ia adalah lebih besar dan berat daripada Switch.

Selain itu, ia menjalankan permainan Windows yang memberi akses library yang lebih besar, dengan tajuk yang berbeza dari pembangun. Anda juga boleh mengeluarkan isyarat pada paparan yang lebih besar dan menggunakan Concept UFO sebagai mini desktop.

IKLAN

Namun, ia sekadar konsep dan tiada maklumat lanjut sama ada akan dipasarkan ataupun tidak.

Sumber: CNET, Mashable

IKLAN